Al-Quran Untuk Semua

Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 2017, Tadabbur Centre mempunyai visi untuk menjadi pusat pengajian Tafsir dan Tadabbur al-Quran yang diiktiraf di Malaysia dan diperingkat antarabangsa.

Tadabbur Centre komited untuk menggerakkan usaha menyampaikan al-Quran melalui pendekatan 3M:

Memudahkan

Mengesankan

Memotivasikan

Bila Hati Bertemu Kalam Tuhan, Dunia Tidak Lagi Sama

Kesan hubungan al-Quran dengan seorang Muslim yang memelihara hak-haknya dilihatkan seperti ripple effect yang boleh berlaku pada permukaan air, iaitu kesan tindak balas yang berlapis-lapis bermula daripada kesedaran seorang individu yang membuat perubahan sehinggalah ia mengesani orang disekelilingnya.

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

Surah Sad: Ayat 29

Matlamat Kami

Antara objektif Tadabbur Centre ialah untuk menjadi pusat pembelajaran, pusat rujukan dan pusat latihan.

Jelajah Tadabbur 2026

Tadabbur Centre mengembara ke seluruh zon di Malaysia bagi membawa masyarakat mendekati tadabbur al-Quran.

Apa yang bakal dipelajari?

1. Cara memahami Al-Quran dengan lebih mendalam melalui konsep 5T & T.A.D.A.B.B.U.R
2. Mempelajari teknik tadabbur secara praktikal dengan bimbingan langsung daripada para asatizah

3. Bagaimana al-Quran boleh menjadi penawar, panduan dan kekuatan dalam kehidupan